KAWASAN JKKK INI MERUPAKAN SALAH SATU KAWASAN YANG TERLETAK DITENGAH-TENGAH BANDAR MELAKA BERSEJARAH. IANYA MELIPUTI KAWASAN MENGUNDI IAITU KAMPUNG PENGKALAN RAMA TENGAH (1382101) DAN KAMPUNG DURIAN DAUN (1382105). OLEH KERANA KAWASANNYA KECIL MAKA DIGABUNGKAN KEDUA-DUA KAWASAN INI SUPAYA MENJADI SATU DAN DIPANGIL "JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH". JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH TERMASUK DIBAWAH KAWASAN JAPERUN DUN DUYUNG, PARLIMEN KOTA MELAKA. Y.B DATUK GAN TIAN LOO MERUPAKAN ADUN kAWASAN DUN DUYUNG.

UCAPAN PENGERUSI

ASSALAMUALAIKUM. Tahniah kepada ahli jawatankuasa 2009/2010 yang dilantik. Pertama sekali jangan peduli apa yang orang katakan, tetapi perlulah kita pedulikan apa yang Al-Quran dan Hadis katakan. Disamping apa yang perlu dan apa yang akan kita buat serta laksanakan. Diharap semua ahli akan bekerjasama bagi memajukan apa yang telah dirancangkan oleh Kerajaan Negeri Melaka khasnya yang mahukan "Melaka Maju 2010". Dalam konteks semangat kerja berpasukan pula ahli juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran dan Bekerjasama. - En.Zaini Bin Ismail, Pengerusi JKKK Pengkalan Rama Tengah merangkap Timbalan Pengerusi Japerun Dun Duyung/Setiausaha Umno Bahagian Kota Melaka.

Friday, December 11, 2009

Hadapan Rumah Yang Perlu Di Turap... Tidak Perlu Memilih Bulu....

Lambakan tanah yang telah diratakan perlulah diturap.

Lambakan tanah ini adalah supaya dapat mengurangkan paras kedalaman air apabila banjir berlaku.

Hadapan rumah ini perlulah diturap kerana pemandangannya yang menyakitkan mata. Tidak perlu memilih bulu....

Wednesday, November 11, 2009

Friday, October 16, 2009

5 Wasiat Dari Allah S.W.T. Kepada Rasulallah S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

·Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
·Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
·Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
·Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
·Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

·Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
·Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
·Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
·Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
·Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
·Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
·Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Wednesday, October 7, 2009

Ada Seorang Lelaki...

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.


>>>>>>>>>>>>>>> '' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS.


SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD!


LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

Tuesday, September 15, 2009

Walaupun Pelbagai Usaha Dilakukan Kg Durian Daun Terus Dilanda Banjir


DUYONG, 11 Sept – Pihak berwajib diminta mengatasi segera masalah banjir kilat yang masih berlaku di Kampung Durian Daun, di sini, yang telah memusnahkan harta benda penduduk ekoran air naik ke paras antara setengah hingga satu kaki.

Seorang penduduk, Mahyon Sagap,56 berkata, setiap kali hujan lebat, rumahnya dinaiki air beserta lumpur hingga ke paras tersebut, selain turut dimasuki serangga berbisa.

Walaupun pihak berkuasa dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo, telah berusaha mengatasi masalah itu termasuk menaikkan taraf longkang, namun banjir tetap berlaku.

Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B (GB4B) cawangan kampung itu, Zubir Abd Kassim berkata, pihaknya terpaksa membantu penduduk setiap kali berlakunya banjir kilat.

“Antara usaha yang dilakukan termasuk menyelamatkan penduduk warga emas, ibu tunggal yang telah lanjut usia, anak-anak yatim dan mereka yang menghidapi penyakit kronik ke tempat yang selamat," katanya.

Monday, September 14, 2009

Pengerusi Dan Ahli JKKK Bersama-Sama Hadir Ke Program 4B Cawanga Kg. Durian Daun


Program Berdodol, Bersantai, Beramal, Bersahur oleh GB4B Cawangan Kampung Durian berlangsung dengan jayanya. Pengerusi JKKK Pengkalan Rama Tengah turut bersama hadir.

Wednesday, September 2, 2009

Kubur Menyeru Manusia 5 Kali Sehari

1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah Dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar Dan Nakir, Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah',supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Friday, August 28, 2009

Ramadhan Datang Lagi


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Friday, August 7, 2009

Asal Usul Negeri Melaka

Melaka diketahui sebagai sebuah negeri bersejarah yang kaya dan dikenali sebagai lambang semangat perpaduan kebangsaan yang telah ditempa hasil ukiran dan tenunan sejarah yang unik. Melaka telah diasaskan oleh Parameswara (atau Raja Iskandar), pemerintah Melayu Temasik yang terakhir (Singapura pada masa dahulu) pada tahun 1396 apabila baginda dan pengikut - pengikutnya mengundurkan diri ke selat menuju ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujung sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara Sungai Melaka.

Setelah mengetahui akan kedudukannya yang strategik, baginda memutuskan untuk menetap di situ dan menamakannya sebagai "Melaka"

Wednesday, August 5, 2009

Jangan Berkokok Berderai-Derai Tetapi Ekor Bergelumang Dengan Tahi



Sememangnya Kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah merupakan Kawasan Putih serta bebas Denggi. Ianya adalah hasil kesedaran masyarakat setempat. Bukannya hanya segelintir masyarakat yang sedar dirinya bagus bagi melaksanakan gotong-royong diatas tanah Perkuburan Islam Durian Daun serta menumpang nama pada program tersebut, tetapi ianya perlu di teruskan sehingga kehari-hari berikutnya.... Janganlah inginkan nama dikenali sahaja serta menjadi pelakon terbaik. Pada hakikatnya hanya Tuhan Yang Tahu......... bak kata pepatah "Berkokok Berderai-Derai Tetapi Ekor Bergelumang Dengan Tahi".


Banjir Melanda Kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah

Hujan yang turun bermula dalam lingkungan jam 10 pagi sehingga jam 4 petang pada hari Isnin 27 Julai 2009 di sekitar Negeri Melaka telah mengakibatkan berlakunya "banjir kilat" di beberapa kawasan.Terutamanya di dalam kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah (DUN Duyung). Antara kampung yang terlibat di dalam JKKK ini ialah Kampung Durian Daun Dalam, Kampung Pengkalan Rama Tengah dan Kampung Bukit Cina. Bagi mangsa yang telibat mereka telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Durian Daun. Pusat Pemindahan ini telah dibuka pada jam 2 ptg berlarutan sehingga 24 jam dan di tutup pada keesokan harinya berikutan air semakin surut. Ketua Menteri Melaka turut menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan pada malam kejadian. Jabatan Kebajikan Masyarakat turut terlibat bagi membekalkan segala keperluan seperti makanan,selimut,tikar dan sebagainya. Antara jabatan lain yang terlibat ialah Pejabat Daerah Melaka Tengah, Balai Polis Melaka Tengah dan Pejabat Japerun Dun Duyung.

Penyerahan Bantuan Banjir



Seramai lebih kurang 250 orang mangsa banjir kilat pada 27/07/2009 yang berada dalam kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah (DUN Duyong) tempohari menerima bantuan dari Tabung Bencana Alam Negeri Melaka melalui Pejabat Daerah Melaka Tengah sebanyak RM200 mengikut keluarga masing-masing di Sekolah Rendah Kebangsaan (Perempuan) Durian Daun. Penghulu Razali mewakili Y.B Gan Tian Loo pada program yang dijadualkan pada 03/08/2009 jam 3.00 petang berakhir jam 5.30 petang. Aturcara berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah. Namun ianya dapat diatasi dengan baiknya. Kesemua ahli JKKK turut hadir pada program berkenaan.

Wednesday, July 29, 2009

More Than 40 Families Evacuated Due To Flood


DURIAN DAUN - More than 200 people from 40 families from two villages here were relocated to a flood-relief centre after their homes were affected by a flash flood on Monday.The relief-centre, which utilizes the hall of Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun, was opened at 2.00 pm and it was the first flood-relief centre to be rendered operational in Melaka.Those relocated to the centre were from Kampung Durian Daun Dalam and Kampung

Pengkalan Rama Tengah. Duyong assemblyman, Datuk Gan Tian Loo said the flood-relief centre was opened after the flood situation at the two villages worsened.He said the authorities will continue to monitor the situation at the villages and will initiate appropriate action if the situation requires."The number of those relocated may increase if heavy rain continues later today," he told reporters when met at the centre.Apart from Kampung Durian Daun Dalam, the other areas in the Duyong constituency which were also affected by the flash flood were Bukit Serindit, Taman Desa Duyong and Bukit Cina.According to Gan, who is also State Public Works and Utilities committee chairman, the SK Perempuan Durian Daun school-hall can accommodate up to 100 people at any one time.He said that if the number of victims increases, the hall of Sekolah Rendah Bukit Cina will be used as a flood-relief centre."We will be handing out food, drinks, blankets and mattresses to those seeking shelter at this relief-centre," he added.Earlier, Gan also took the opportunity to have a closer look at the houses in Kampung Durian Daun Dalam which were affected by the flood.During his brief tour of the area, he was also briefed by local residents on sudden flooding.

Monday, July 27, 2009

Projek Naik Taraf Longkang

Longkang Yang Cetek Dan Tidak Lebar Mengganggu Kelancaran Air Yang mengalir.

Air Yang Memenuhi Longkang Setelah Hujan Turun Melebihi Sejam.

Masalah banjir yang berlaku di dalam kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah ini telah berlarutan lebih kurang 40 tahun yang lalu sehingga sekarang dan telah dilalui 3-4 generasi secara puratanya. Oleh kerana taman perumahan yang semakin banyak dikawasan sekitar serta sistem perparitan yang sempit dan cetek yang terpaksa ditampung oleh longkang sedia ada melintasi dikawasan JKKK ini. Namun demikian langkah Kerajaan Negeri Melaka bagi menaik taraf longkang tersebut iaitu membesar serta mendalamkannya amatlah bertepatan dengan keadaan semasa. Tambahan pula kawasan JKKK ini terletak ditengah Bandaraya Warisan Dunia. Mudah-mudahan projek ini yang menelan belanja 6juta Ringgit Malaysia yang meliputi sejauh lebih kurang 3 kilometer dari Sungai Melaka berhampiran Hotel Grand Continental melalui Kampung Bukit Cina, Kampung Pengkalan Rama Tengah, Kampung Durian Daun Dalam, Bukit Pala, Tesco dan terus ke Sungai Melaka semula akan menyenangkan hati masyarakat di kawasan ini.

JKKK Pengkalan Rama Tengah Tidak Sebagini

Tuesday, July 7, 2009

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Friday, June 26, 2009

Tentang Penyakit Gout

Gout dikatakan sejenis penyakit hujungan kerana ianya menyebabkan rasa sakit di bahagian-bahagian hujung badan seperti ibu jari kaki, pergelangan kaki, lutut, hujung jari, tangan, siku dan sendi-sendi lain seumpamanya.Sebenarnya gout adalah penyakit yang diakibatkan oleh kesilapan metabolik (metabolic disoders). Tempat yang paling mudah dihinggapinya adalah di ibu jari kaki dan lain-lain sendi di kaki. Tempat yang terasa sakit itu kadangkala membengkak, panas dan amat menyakitkan. Barangkali itulah sebabnya karikatur-karikatur tradisi menggambarkan orang yang dihinggapi penyakit ini duduk dikerusi dengan sebelah kakinya dilapik kusyen. Bahkan dalam novel 'Cashelmara' terdapat 'lelucun' yangmengatakan kepada seorang 'lord' yang tertembak ibu jari kakinya semasa perang tanding (duel) patut bersyukur kerana itu akan menghilangkan sakit goutnya.

Serangan penyakit gout boleh disebabkan oleh berbagai sebab seperti:-
  • memakai kasut yang salah.
  • pemakanan yang terlalu banyak daging dan lemak.
  • kesejukan terutamanya di bahagian kaki.
  • keluh kesah atau kegusaran yang kronik.
  • berlebihan meminum arak.
  • pembedahan di bahagian badan yang lain.
  • tersalah pengubatan.

Gout juga adalah sejenis penyakit yang dikaitkan dengan 'athritis' kerana kimia tubuh yang luar biasa. Ianya terjadi kerana berlebihan asid urik (uric acid) di dalam tubuh. Asid ini akan menghasilkan kristal-kristal yang berkumpul di segala sendi, menjadikannya bengkak serta menimbulkan radang dan sakit. Kristal ini gemar berkumpul di ibu jari kaki.

Terdapat dua jenis gout yang dinamakan:-


Gout Utama
Gout utama adalah disebabkan oleh kerosakan atau kesilapan metabolic dan biasanya menyerang lelaki. Namun wanita yangsudah putus haid boleh juga terkena penyakit ini. Serangan kesakitannya boleh terjadi dengan agak mengejut selepas sesuatu kecederaan atau sakit mahupun kerana pertukaran tabiat pemakanan. Pesakit mungkin terasa demam dan tidak dapat bergerak kerana kesakitan dan radang di sendi-sendi yang dijangkiti itu.

Gout Sampingan
Gout sampingan adalah disebabkan oleh kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan lebihan atau hampas asid urik.Kegagalan ini mungkin berpunca dari pengambilan berbagai jenis ubat dadah seperti aspirin, diuretik dan pelali. Simpton-simpton gout juga akan kelihatan jikalau seseorang cuba mengurangkan berat badan atau menguruskan badan secara tergesa-gesa dengan mengurangkan makan atau berlapar. Perbuatan ini akan mengurangkan lemak-lemak badan pada kadar yang amat pantas dan mengurangkan daya kerja buah pinggang. Oleh kerana itulah ramai pengidap-pengidap gout akhirnya dihinggapi sakit buah pinggang atau sakit batu karang dalam buah pinggang.

Penghidap Gout
Orang-orang berikut mudah dihinggapi gout:
  • Orang-orang yang bekerja membongkok dengan terlalu lama atau banyak berdiri terutama berdiri setempat. - orang-orang yang selalu bekerja terendam kaki dalam air.
  • Terutama wanita-wanita yang bertinggung sambil membasuh pakaian.
  • Orang-orang yang banyak memakan daging dari jenis yang banyak mengandungi kimia purines.
Cara mengubatinya
Selain dari mendapatkan rawatan doktor maka pesakit hendaklah menukar cara pemakanannya dengan:-
  • Banyakkan meminum air suam atau air masak sejuk terutama waktu bangun tidur.
  • Kurangkan memakan daging.
  • Biasakan memakan sup ikan sekurang-kurangnya untuk empat puluh hari yang pertama dengan cara berikut:-
Pilih ikan dari jenis yang baik-baik seperti:-
  • Ikan Siakap
  • Ikan Senangin
  • Ikan Tenggiri
  • Ikan Bawal Putih
  • Ikan Merah atau
  • Ikan Kerapu
Masukkan bahan-bahan berikut secukup rasa:-
  • Kumkuma
  • Bawang Putih
  • Kulit ari biji buah pala
  • Jintan Manis
  • Lada Hitam
  • Buah Pelaga dan
  • Bunga lawang

Rawatan Menurut Al-Quran
Ambil air, sebaik-baiknya air hujan atau air zam-zam dan bacakan padanya Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga ratus kali di samping lain-lain ayat asas. Beri pesakit minum air itu setiap pagi dan malam. Campurkan juga air yang sudah didoakan itu ke dalam sup ikan yang hendak dimasak seperti di atas.

Basuh
Ambil air kelapa tua dan basuhkan bahagian anggota yang sakit itu setiap pagi dan petang. Sebelum itu adalah baik jika didoakan air itu dengan ayat-ayat asas dan surah Al-Ikhlas. Semasa membasuh itu bacakan selawat Syifa' dan ayat 23 hingga 25 dari surah Al-Hasyri.

Serai Wangi
Ambil serai wangi dan rebus sehingga mendidih. Rendamkan kaki atau mana-mana bahagian anggota yang sakit itu ke dalam air rebusan itu apabila ianya telah suam. Perlulah diingat bahawa serai wangi yang diperlukan itu adalah keseluruhan pokoknya, batang dan daun, tidak termasuk akar.

Monday, June 22, 2009

Masjid “Fat’hur Rahman” Pengkalan Rama, Melaka.

Bahagian meletak kenderaan jemaah ditepi jalan besar dan tepi masjid.

Bahagian hadapan masjid.

Dewan Solat lama dan baru yang telah diperkemaskan.

Segala kelengkapan yang telah diperbaiki dan digantikan ada terkumpul dibahagian belakang masjid.


Mimbar lama dan baru masjid yang telah diperkemaskan.


Sejarah Masjid Pengkalan Rama yang diberi nama “Fat’hur Rahman” telah dibina sekitar tahun 1730an dan kemudiannya telah diperbaharui oleh seorang Datuk Penghulu Yang bernama Datuk Penghulu Abdul Ghani pada tahun 1917 bersamaan dalam tahun 1324 Hijrah. Beliau telah mewakafkan sebahagian harta tanahnya sendiri untuk tujuan pembinaan masjid ini. Disebabkan kepadatan dan pertambahan penduduk yang terdiri dari 4 solok kariah iaitu Solok Pengkalan Rama Pantai, Solok Pengkalan Rama Tengah, Solok Durian Daun dan Solok Kampung Mata Kuching. Namun sehingga kini masih berdiri teguh di tengah Bandaraya Melaka “Warisan Dunia”. Oleh kerana kedudukannya terletak hampir dengan pusat rekriasi keluarga iaitu “Taman Rempah” yang juga merupakan jeti mengangkut penumpang bagi pelancong menaiki bot untuk menyusuri Sungai Melaka. Pada tahun 1978, masjid ini telah diperbaharui dengan hasil kutipan derma orang ramai dan penduduk kampung. Pada tahun 2004 masjid ini sekali lagi diubahsuai untuk kerja-kerja penambahan ruang sembahyang di bahagian belakang masjid hasil daripada kutipan derma tersebut dan Kerajaan Negeri Melaka melalui Pejabat Pembangunan Negeri bekerjasama dengan Pebadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah meluluskan peruntukan bagi projek penyelenggaraan serta baik pulih masjid-masjid tradisional dan lama di dalam Negeri Melaka dibawah peruntukan Projek Keagamaan Negeri Tahun 2009.

Antara kerja-kerja baik pulihnya meliputi :-

  • Mengecat semula bagi mengekalkan warna asal supaya kelihatan asal dan tradisional.
  • Membaik-pulih mimbar.
  • Menyediakan papan tanda dalam dan luar masjid.
  • Kerja-kerja pembersihan sekitar masjid.
  • Penyelenggaran pendawaian elektrik.


Kerja membaik-pulih ini bertujuan:-

  • Mengekalkan keutuhan struktur binaan asal.
  • Memelihara keaslian tradisional binaan tersebut.
  • Memberi keselesaan kepada jemaah didalam qariah mahupun luar ketika menunaikan ibadah.
  • Meningkatkan mutu konsep Islam di dalam masyarakat.


JKKK Pengkalan Rama Tengah serta AJK Masjid “Fat’hur Rahman” Pengkalan Rama amat berbesar hati dengan terlaksananya projek penambah-baikan bagi membaik-pulih masjid ini. Walaupun masjid ini yang telah melalui beberapa kali proses pembaikannya. Namun demikian ini merupakan proses penambah baikannya bagi keselesaan dan keselamatan jemaah.



Monday, June 15, 2009

Projek Naik Taraf Kantin Sekolah Agama Datin Seri Zabedah



Sekolah Agama ini telah beroperasi sekitar tahun 1980-an. Oleh kerana telah beroperasi sekian lama maka kantinnya pun telah uzur, malah membahayakan kepada pelajar serta gurunya . Projek Naik Taraf Kantin Sekolah Agama Datin Seri Zabedah, Durian Daun, Melaka menelan belanja rm 20,000 menerima bantuan yang perlu disiapkan segera dari Jabatan Agama Islam Melaka yang di pantau oleh JKKK Pengkalan Rama Tengah melalui pengerusinya iaitu En. Zaini Bin Ismail serta AJK biro yang terlibat.

Editor telah ditanya oleh beberapa orang yang melalui jalan hadapan sekolah berkenaan dan menjadi kebiasaannya apabila sesuatu projek yang dilaksanakan pastinya akan dinaikan papan tanda yang menyatakan pembinaan sesuatu projek. Seperti nama latar belakang syarikat, projek ape yang dilaksanakan, tarikh siap projek berkenaan dsb. Namun editor cuma tersenyum sahaja apabila mendengar soalan berkenaan.

Wednesday, June 10, 2009

Hentikan Polemik, Imbau Kembali Sejarah Keganasan Komunis.

Isu kepulangan Chin Peng ke Tanah Air telah dibangkitkan oleh seorang pemimpin Parti Gerakan (Komponen Barisan Nasional) tetapi kemudian disokong oleh Parti Pembangkang kerana perkara tersebut dilihat boleh membawa keuntungan politik kepada mereka bagi memutar belitkan fakta terhadap masyarakat.

30 April lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rendah yang meminta Chin Peng menunujukkan dokumen pengenalan sebelum dibenarkan memasuki Negara ini.


Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Yusof membuat keputusan itu selepas menolak usul Chin Peng memohon kebenaran untuk membuat rayuan.


Kesan jangka panjang yang ditinggalkan oleh Chin Peng dan pengikutnya ke atas masyarakat Malayu, Cina, dan India pada waktu itu yang bermaharajalela membunuh pemimpin tempatan, penghulu, imam kampong, penduduk-penduduk tempatan, menyerang ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British, sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu yang bangkit untuk menentang komunis.

Umum mengetahui bahawa falsafah yang diamalkan ialah ‘atiesme’ prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx bahawa fahaman mereka adalah tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama adalah candu manusia. Walaupun ada kalangan orang melayu yang menjadi pemimpin PKM mengamalkan prinsip keagamaan seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah tetapi tindakan kejam & ganas mereka jelas sekali bercanggah dengan ajaran Islam.


Tidak keterlaluan juga komunis ini juga boleh dikenali sebagai penjajah terakhir dinegara kita. Ianya berbeza dengan Portugis, Belanda, British, Siam mahupun Jepun. Penjajahan komunis bukan didalangi orang asing, yang menceroboh untuk menakluki Negara kita, sebaliknya komunis menjajah Negara kita dengan menanamkan ideology cetusan Karl Marx dikalangan masyarakat tempatan, terutama orang cina di Tanah Melayu. Sejak dicetuskan di Eropah pada pertengahan abad ke-19, ideology komunis mula merebak pesat ke negara lain termasuk Russia dan China sebelum tiba di Negara kita pada awal 1920-an. Pelbagai propaganda mereka aturkan, hingga kira-kira 10 000 ahli baru menyertai parti itu menjelang 1934. Usaha mereka juga menjurus kepada penubuhan kerajaan komunis menerusi pendekatan politik tetapi gagal apabila mereka diketepikan British dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. PKM menukar strategi kepada pendekatan keganasan dimana komunis ini bergerak dalam hutan dan menjadi pasukan pembunuh bergerak secara gerila.


Untuk sekian lama sebelum dan selepas merdeka sehinggalah perjanjian damai 1989, negara tidak aman dan ribuan orang terbunuh sama ada membabitkan anggota keselamatan atauanggota komunis itu sendiri. Ribuan juga mejadi janda, duda, dan yatim piatu. Bagi yang bernasib baik untuk terus hidup, mereka pula terus dihantui bayang-bayang PKM pimpinan Chin Peng yang radikal & kejam itu bersama rakannya. Ramai lagi yang menderita kerana kepayahan hidup gara-gara kehadiran komunis sehingga ada yang sakit jiwa. Oleh itu, jika kita membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia, ia akan mengundang kekecohandan rasa tidak senang hati, terutama di kalangan generasi yang mengalami zaman komunis biarpun generasi muda & belia hari ini cuma mengetahui melalui bahan sejarah.


Sebetulnya, Chin Peng 85 tahun yang kini hidup dalam buangan di Thailand sejak 1961 harus dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Antarbangsa dan dipertanggungjawabkan keatas 50 000 anggota tentera dan polis, selain ahli keluarga mereka serta sebahagian orang awam yang terkorban ketika menentang PKM pada zaman darurat. Jika bekas pemimpin Serbia, Radovan Karadzic boleh dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Perang atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai rakyat Muslim Bosnia ketika perang 1992-95, tidak salah berbuat demikian terhadap Chin Peng yang kesalahannya tidak boleh dimaafkan oleh rakyat Negara ini.


Stigma terpahat dalam minda rakyat Malaysia dan tangan Chin Peng itu diselaputi darah dan dendam yang menebal di kalangan anggota pasukan keselamatan dan orang awam yang menjadi mangsa kepada kekejaman perjuangan yang dipimpinnya. Hal ini telah dipolitik parti pembangkang yang boleh dijadikan modal bagi menggugatkan ketenteraman & keharmonian masyarakat Negara ini. Oleh itu, janganlah kita buta mengenai sejarah dan daripada kita mendesak kerajaan untuk membawa pulang ke Negara ini, elok rasanya kita mendesak kerajaan dan badan antarabangsa agar bertindak keatas Chin Ping seperti tindakan yang dikenakan keatas Karadzic.

Monday, June 8, 2009

Elak Perbalahan Sesama Sendiri Sesama Kaum

Pepatah melayu mengatakan apabila "Meludah Ke Langit, Terkena Muka Sendiri" dan "Menepuk Air Di Dulang Tepercik Ke Muka" yang bermaksud tidak usah mengatakan orang lain jikalau diri sendiri sebegitu juga rupanya & akhirnya diri sendiri yang terasa akibatnya daripada perbuatan kita sendiri. Perbalahan sesama sendiri haruslah diberhentikan terutama didalam merebut sesuatu jawatan didalam sesebuah pertubuhan, badan-badan ataupun organisasi. Ini kerana, ianya hanya bakal melemahkan perjuangan kaum sendiri sahaja pada kesudahannya kelak.


Masyarakat umum tahu, kekuasaan adalah suatu impian bagi mereka yang mengidamkannya dalam mendapatkan apa yang dicita-citakan apabila segala keputusan, segala kemahuannya sudah mampu dilaksanakan. Jikalau apa yang dicita-citakan orang yang mengejar akan jawatan tersebut yang membawa kepentingan serta hak masyarakat, adalah tidak menjadi masalah, akan tetapi apabila seseorang yang mengkehendaki sesuatu jawatan terbabit kerana mempunyai kepentingan & cita-cita hanya untuk kepentingan diri mereka sendiri ataupun kaum-kaum terdekat dengan mereka sahaja. Ini adalah suatu tidak adil bagi masyarakat mahupun rakyat biasa yang menjadi boneka diatas permainan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini. Hal ini amat menyedihkan lagi apabila diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan serta fitnah yang berbuih-buih ditaburkan bagi menjejaskan kredebiliti mahupun kebolehan pimpinan sedia ada.


Lebih signifiknya lagi bagi mereka yang suka mengada-adakan cerita yang tidak ada ini adalah demi mencari publisiti murahan semata-mata. Kebaikan yang dilakukan adalah hanya bagi menjayakan inspirasi kejayaan peribadi mereka semata-mata. Kehidupan masyarakat umum yang terdiri daripada kelompok orang melayu yang beragama Islam & berpegang pada landas-landas agama, mempunyai negara yang mengamalkan sistem undang-undang tetapi masih lagi mempunyai golongan orang yang mempunyai pemikiran ditakuk yang lama. Mereka tidak mampu mengubah corak dan daya pemikiran yang lebih kreatif untuk sama-sama untuk memacu pembangunan dari pelbagai segi aspek seperti ekonomi, politik & sosial. Jika kita mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mencapai kemajuan pada masa 50 tahun akan datang, pastinya masing- masing mengajukan percambahan idea yang bernas untuk mencapai kejayaan yang bakal dikecapi generasi akan datang. Tidak rugi jika usaha kita pada hari ini tidak mencapai kejayaan sebaliknya diperbaiki pada setiap ruang-ruang yang masih perlu diisi dan bukannya menjadikan ianya sebagai titik noktah pada landasan perjuangan kita pada hari ini.


Adalah gagal bagi orang melayu yang hanya mensia-siakan peluang yang disediakan oleh kerajaan terdahulu sehingga kini dibawah kepimpinan baru yang di tabalkan sebagai Presiden UMNO pada 28 Mac yang lepas iaitu YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau seorang yang komited dalam pembangunan ekonomi orang melayu, malah dengan slogan yang baru diperkenalkan oleh beliau selepas menjadi Perdana Menteri Keenam Malaysia iaitu, “Satu Malaysia. Rakyat didahlukan. Pencapaian diutamakan”amat jelas sekali bahawa dengan pengalaman, latar belakang beliau yang kukuh dalam ekonomi, mempunyai dasar serta kebijaksanaan, rakyat yakin beliau berjaya dapat menyelasaikan perkara-perkara yang melibatkan rakyat.


Berbalik pada konteks yang diusulkan pada awal tadi, adalah menjadi tanggungjawab kita dalam menjana keharmonian, keakraban antara satu sama lain, perhubungan antara kaum juga menjadi tunjang negara yang menjadikan Malaysia negara yang harmoni lagi disegani. Tidak perlu berbalah, tidak perlu kecam- mengecam, perpaduan adalah tembok rakyat sejak dari awal kemerdekaan negara. Jadi, kita sebagai manusia yang hanya mengejar keduniaan semata adalah suatu perkara yang amat merugikan. Hal ini kerana jika bersatu padu, kesepakatan didalam sesuatu konteks kepemimpinan, adalah menjadi tonggak kepada kita dalam menggerakkan tenaga dalam menyatupadukan hubungan antara kaum malah jika dalam sebuah kaum tersebut turut menjadikan perbalahan sebagai agenda, antara satu sama lain berikutan kerana mengejar cita-cita dan harapan peribadi sahaja, harus mahupun patut dihentikan semangat yang sebegitu rupa serta merta.


Seharusnya kita masing-masing berfikir bagaimana harus mengubah lanskap pemikiran masyarakat negara kita kearah yang lebih kearah kecemerlangan yang akan membawa kenuntungan, yang membawa kejayaan seiring dengan masyarakat kaum lain ( khusus orang melayu ) yang dikategorikan sebagai masyarkat terendah pendapatan , terendah dari segi pencapaian dari kalangan kaum-kaum lain. Tidakkah kita terfikir sebegitu? Kehidupan kita sebagai khalifah diatas muka bumi ini, adalah untuk meneruskan tuntutan & seruan oleh yang Maha Esa. Tidak salah mencapai apa yang dihajati selagi tidak menyalahi / menyelewengi hukum hakam agama. Akur dengan ketentuan ilahi dengan meneruskan lagi perjuanagn tanpa henti adalah semangat yang harus diterjemahkan melalui wadah kepada dalam jiwa mereka yang berjuang ini.


Kesedaran yang terbuka dari lubuk pintu hati tersbut jika dibuka seluas-luasnya, masing-masing akan menjadikan hubungan antara satu sama lain sebaik mungkin dan jika tidak negara kita akan turut ditertawakan negara luar bahkan medan sebegini adalah ruang permainan kaum-kaum lain bagi menjatuhkan hubungan sesama kaum melayu. Adalah menjadi tanggung jawab bagi orang melayu menjaga kedaulatan negara agar keamanan terus dapat dikecapi agar generasi akan datang dapat meneruskan kesinambungan hari ini seterusnya menjamin kesejahteraan negara dalam pelbagai aspek apabila kata muafakat dapat dicapai oleh semua pihak jikalau perpaduan adalah kunci kepada tonggak keharmonian dalam kehidupan sehari-hari. Jesteru, seruan sekali lagi diseru agar kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang kaum, seharusnya kita menjaga segala apa yang telah tersedia sejak awal kemerdakaan dahulu yang telah diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita dahulu dan kenikmatan yang kita perolehi pada hari ini dapat dilakukan penambahbaikan lagi agar dapat memacu pembangunan akhlak & sahsiah jiwa masyarakat Malaysia kearah lebih profesionalisme kelas pertama.

Friday, May 29, 2009

Kejadian Banjir Di Empat Kawasan 300 Mangsa Buat Laporan Kerugian

PENGKALAN RAMA, 18 April - Seramai 300 penduduk yang terlibat dalam kejadian banjir di Bukit Cina, Banda Hilir, Durian Daun Dalam dan Pengkalan Rama membuat laporan polis di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Pengkalan Rama Tengah di sini, semalam. Ketua UMNO Cawangan Pengakalan Rama Tengah Rosdin Baba berkata, kaunter penempatan banjir itu dibuka bagi memudahkan mangsa banjir membuat laporan kerugian yang dialami.

Namun demikian sehingga kini tiada sebarang khabar berita... Pendekata "Berkokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang dengan tahi" dan "Cakap berdegor-degor, tahi atas gelegor" dan "Menepuk air di dulang terkena muka sendiri"

Monday, May 25, 2009

Wujud Persekitaran Bersih dan Ceria – Y.B Gan Tian Loo

DUYONG, 10 Mei - Orang ramai khususnya penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong diseru sentiasa memikul tanggungjawab bersama memastikan kawasan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria.


Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo berkata, sikap menuding jari dan menyalahkan orang lain apabila kawasan mereka kotor serta terdedah dengan wabak penyakit perlu dihindari.

Katanya, walaupun pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa melaksanakan tanggungjawab itu pada setiap hari namun masih ada lagi segelintir penduduk yang mempunyai sikap buruk dengan membuang sampah di merata tempat sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan lalat.

"Oleh itu slogan, 'Cintai Kebersihan dan Bencikan Kekotoran' perlu sentiasa dihayati serta diamalkan supaya persekitaran kawasan sedia ada berada pada tahap seperti mana yang dikehendaki," katanya.

Terdahulu daripada itu, Tian Loo berkonvoi dengan menunggang motosikal bersama 30 belia bagi mengadakan program gotong-royong menanam 700 batang Pokok Kelapa Pandan di persekitaran DUN tersebut di sini pagi tadi.

Timbalan Pengerusi Japerun DUN Duyong, Zaini Ismail berkata, penanaman pokok itu melibatkan tujuh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dihadiri 300 penduduk terbabit.

Antara JKKK yang terlibat ialah JKKK Duyong, Taman Seri Duyong, Permatang Duyong, Semabok, Kampung Ladang Semabok, Pengkalan Rama Tengah dan Ayer Leleh.

Turut serta pada majlis itu Penghulu DUN itu, Razali Yasin, Pengerusi JKKK Permatang Duyong, Azman Abas, Semabok, Othman Baba, Ketua UMNO cawangan Taman Seri Duyong, Rohani Ahmad dan Pegawai Kebajikan DUN itu, Nor Azlan Yusof.

Tuesday, May 19, 2009

Pengerusi JKKK 9 Muka Baru 3 Kekal

BANDARAYA MELAKA, 19 Jan - Kerajaan Negeri Melaka hari ini telah menampilkan seramai 9 daripada 12 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru dilantik untuk menggantikan Pengerusi yang terdahulu.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Md Yunos Husin berkata, perlantikkan ini adalah keputusan sebulat suara semasa Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara, malam tadi.


Beliau berkata, antara muka baru Pengerusi yang dilantik adalah JKKK RIM, Hamzah Jalaini , JKKK Sempang Kerayong, Abd Wahab Sahid, JKKK Felda Kemendor, Lip Aman, JKKK Parit Keliling, Tan Chen Yia Fei @ Tan Ah Kau, JKKK Kemuning Alor Gajah, Mat Tob Awaluddin, JKKK Pondok Kempas Hilir Jasin, Borhan Hasan, JKKK Jasin Hilir, Rahim Mohd Yasin, JKKK Bukit Senggeh Barat, Abu Amin Mamat dan JKKK Kubu, Abd Rahim Alimat.


"Perlantikkan ini dibuat berdasarkan kegagalan JKKK mengemukakan profil kampung kepada kerajaan negeri dan terpaksa melakukan rombakan besar-besaran bagi menyahut hasrat kerajaan negeri sekaligus memastikan segala yang dirancang tercapai menjelang Melaka Maju 2010," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan nama-nama muka baru Pengerusi JKKK di sini, hari ini.


Sementara itu, Md Yunos berkata, hasil siasatan yang dilakukan terhadap tiga lagi Pengerusi lama mendapati mereka telah menghantar profil JKKK kepada Pejabat Daerah mengikut daerah serta Unit Pembangunan Desa (UPD) sebelum 31 Disember yang lalu adalah JKKK Baroh, Mohammad Jantan, JKKK Kampung Pengkalan Rama Tengah, Zaini Ismail dan JKKK Kampung Kelubi, Muhamad Wahab.


Menurutnya, berikutan daripada siasatan yang dijalankan kerajaan negeri melalui Mesyuarat Exco telah sebulat suara menangguhkan pemecatan mereka malah boleh meneruskan usaha mereka untuk membantu kerajaan negeri memajukan negeri selaras usaha dan dasar kerajaan. Md Yunos berkata, Pengerusi JKKK yang dipecat bukan tidak menjalankan tugas tetapi kerajaan negeri ingin memantapkan lagi usaha ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang.

Related Posts with Thumbnails