KAWASAN JKKK INI MERUPAKAN SALAH SATU KAWASAN YANG TERLETAK DITENGAH-TENGAH BANDAR MELAKA BERSEJARAH. IANYA MELIPUTI KAWASAN MENGUNDI IAITU KAMPUNG PENGKALAN RAMA TENGAH (1382101) DAN KAMPUNG DURIAN DAUN (1382105). OLEH KERANA KAWASANNYA KECIL MAKA DIGABUNGKAN KEDUA-DUA KAWASAN INI SUPAYA MENJADI SATU DAN DIPANGIL "JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH". JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH TERMASUK DIBAWAH KAWASAN JAPERUN DUN DUYUNG, PARLIMEN KOTA MELAKA. Y.B DATUK GAN TIAN LOO MERUPAKAN ADUN kAWASAN DUN DUYUNG.

UCAPAN PENGERUSI

ASSALAMUALAIKUM. Tahniah kepada ahli jawatankuasa 2009/2010 yang dilantik. Pertama sekali jangan peduli apa yang orang katakan, tetapi perlulah kita pedulikan apa yang Al-Quran dan Hadis katakan. Disamping apa yang perlu dan apa yang akan kita buat serta laksanakan. Diharap semua ahli akan bekerjasama bagi memajukan apa yang telah dirancangkan oleh Kerajaan Negeri Melaka khasnya yang mahukan "Melaka Maju 2010". Dalam konteks semangat kerja berpasukan pula ahli juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran dan Bekerjasama. - En.Zaini Bin Ismail, Pengerusi JKKK Pengkalan Rama Tengah merangkap Timbalan Pengerusi Japerun Dun Duyung/Setiausaha Umno Bahagian Kota Melaka.

Wednesday, August 5, 2009

Banjir Melanda Kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah

Hujan yang turun bermula dalam lingkungan jam 10 pagi sehingga jam 4 petang pada hari Isnin 27 Julai 2009 di sekitar Negeri Melaka telah mengakibatkan berlakunya "banjir kilat" di beberapa kawasan.Terutamanya di dalam kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah (DUN Duyung). Antara kampung yang terlibat di dalam JKKK ini ialah Kampung Durian Daun Dalam, Kampung Pengkalan Rama Tengah dan Kampung Bukit Cina. Bagi mangsa yang telibat mereka telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Durian Daun. Pusat Pemindahan ini telah dibuka pada jam 2 ptg berlarutan sehingga 24 jam dan di tutup pada keesokan harinya berikutan air semakin surut. Ketua Menteri Melaka turut menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan pada malam kejadian. Jabatan Kebajikan Masyarakat turut terlibat bagi membekalkan segala keperluan seperti makanan,selimut,tikar dan sebagainya. Antara jabatan lain yang terlibat ialah Pejabat Daerah Melaka Tengah, Balai Polis Melaka Tengah dan Pejabat Japerun Dun Duyung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails