KAWASAN JKKK INI MERUPAKAN SALAH SATU KAWASAN YANG TERLETAK DITENGAH-TENGAH BANDAR MELAKA BERSEJARAH. IANYA MELIPUTI KAWASAN MENGUNDI IAITU KAMPUNG PENGKALAN RAMA TENGAH (1382101) DAN KAMPUNG DURIAN DAUN (1382105). OLEH KERANA KAWASANNYA KECIL MAKA DIGABUNGKAN KEDUA-DUA KAWASAN INI SUPAYA MENJADI SATU DAN DIPANGIL "JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH". JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH TERMASUK DIBAWAH KAWASAN JAPERUN DUN DUYUNG, PARLIMEN KOTA MELAKA. Y.B DATUK GAN TIAN LOO MERUPAKAN ADUN kAWASAN DUN DUYUNG.

UCAPAN PENGERUSI

ASSALAMUALAIKUM. Tahniah kepada ahli jawatankuasa 2009/2010 yang dilantik. Pertama sekali jangan peduli apa yang orang katakan, tetapi perlulah kita pedulikan apa yang Al-Quran dan Hadis katakan. Disamping apa yang perlu dan apa yang akan kita buat serta laksanakan. Diharap semua ahli akan bekerjasama bagi memajukan apa yang telah dirancangkan oleh Kerajaan Negeri Melaka khasnya yang mahukan "Melaka Maju 2010". Dalam konteks semangat kerja berpasukan pula ahli juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran dan Bekerjasama. - En.Zaini Bin Ismail, Pengerusi JKKK Pengkalan Rama Tengah merangkap Timbalan Pengerusi Japerun Dun Duyung/Setiausaha Umno Bahagian Kota Melaka.

Friday, June 26, 2009

Tentang Penyakit Gout

Gout dikatakan sejenis penyakit hujungan kerana ianya menyebabkan rasa sakit di bahagian-bahagian hujung badan seperti ibu jari kaki, pergelangan kaki, lutut, hujung jari, tangan, siku dan sendi-sendi lain seumpamanya.Sebenarnya gout adalah penyakit yang diakibatkan oleh kesilapan metabolik (metabolic disoders). Tempat yang paling mudah dihinggapinya adalah di ibu jari kaki dan lain-lain sendi di kaki. Tempat yang terasa sakit itu kadangkala membengkak, panas dan amat menyakitkan. Barangkali itulah sebabnya karikatur-karikatur tradisi menggambarkan orang yang dihinggapi penyakit ini duduk dikerusi dengan sebelah kakinya dilapik kusyen. Bahkan dalam novel 'Cashelmara' terdapat 'lelucun' yangmengatakan kepada seorang 'lord' yang tertembak ibu jari kakinya semasa perang tanding (duel) patut bersyukur kerana itu akan menghilangkan sakit goutnya.

Serangan penyakit gout boleh disebabkan oleh berbagai sebab seperti:-
  • memakai kasut yang salah.
  • pemakanan yang terlalu banyak daging dan lemak.
  • kesejukan terutamanya di bahagian kaki.
  • keluh kesah atau kegusaran yang kronik.
  • berlebihan meminum arak.
  • pembedahan di bahagian badan yang lain.
  • tersalah pengubatan.

Gout juga adalah sejenis penyakit yang dikaitkan dengan 'athritis' kerana kimia tubuh yang luar biasa. Ianya terjadi kerana berlebihan asid urik (uric acid) di dalam tubuh. Asid ini akan menghasilkan kristal-kristal yang berkumpul di segala sendi, menjadikannya bengkak serta menimbulkan radang dan sakit. Kristal ini gemar berkumpul di ibu jari kaki.

Terdapat dua jenis gout yang dinamakan:-


Gout Utama
Gout utama adalah disebabkan oleh kerosakan atau kesilapan metabolic dan biasanya menyerang lelaki. Namun wanita yangsudah putus haid boleh juga terkena penyakit ini. Serangan kesakitannya boleh terjadi dengan agak mengejut selepas sesuatu kecederaan atau sakit mahupun kerana pertukaran tabiat pemakanan. Pesakit mungkin terasa demam dan tidak dapat bergerak kerana kesakitan dan radang di sendi-sendi yang dijangkiti itu.

Gout Sampingan
Gout sampingan adalah disebabkan oleh kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan lebihan atau hampas asid urik.Kegagalan ini mungkin berpunca dari pengambilan berbagai jenis ubat dadah seperti aspirin, diuretik dan pelali. Simpton-simpton gout juga akan kelihatan jikalau seseorang cuba mengurangkan berat badan atau menguruskan badan secara tergesa-gesa dengan mengurangkan makan atau berlapar. Perbuatan ini akan mengurangkan lemak-lemak badan pada kadar yang amat pantas dan mengurangkan daya kerja buah pinggang. Oleh kerana itulah ramai pengidap-pengidap gout akhirnya dihinggapi sakit buah pinggang atau sakit batu karang dalam buah pinggang.

Penghidap Gout
Orang-orang berikut mudah dihinggapi gout:
  • Orang-orang yang bekerja membongkok dengan terlalu lama atau banyak berdiri terutama berdiri setempat. - orang-orang yang selalu bekerja terendam kaki dalam air.
  • Terutama wanita-wanita yang bertinggung sambil membasuh pakaian.
  • Orang-orang yang banyak memakan daging dari jenis yang banyak mengandungi kimia purines.
Cara mengubatinya
Selain dari mendapatkan rawatan doktor maka pesakit hendaklah menukar cara pemakanannya dengan:-
  • Banyakkan meminum air suam atau air masak sejuk terutama waktu bangun tidur.
  • Kurangkan memakan daging.
  • Biasakan memakan sup ikan sekurang-kurangnya untuk empat puluh hari yang pertama dengan cara berikut:-
Pilih ikan dari jenis yang baik-baik seperti:-
  • Ikan Siakap
  • Ikan Senangin
  • Ikan Tenggiri
  • Ikan Bawal Putih
  • Ikan Merah atau
  • Ikan Kerapu
Masukkan bahan-bahan berikut secukup rasa:-
  • Kumkuma
  • Bawang Putih
  • Kulit ari biji buah pala
  • Jintan Manis
  • Lada Hitam
  • Buah Pelaga dan
  • Bunga lawang

Rawatan Menurut Al-Quran
Ambil air, sebaik-baiknya air hujan atau air zam-zam dan bacakan padanya Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga ratus kali di samping lain-lain ayat asas. Beri pesakit minum air itu setiap pagi dan malam. Campurkan juga air yang sudah didoakan itu ke dalam sup ikan yang hendak dimasak seperti di atas.

Basuh
Ambil air kelapa tua dan basuhkan bahagian anggota yang sakit itu setiap pagi dan petang. Sebelum itu adalah baik jika didoakan air itu dengan ayat-ayat asas dan surah Al-Ikhlas. Semasa membasuh itu bacakan selawat Syifa' dan ayat 23 hingga 25 dari surah Al-Hasyri.

Serai Wangi
Ambil serai wangi dan rebus sehingga mendidih. Rendamkan kaki atau mana-mana bahagian anggota yang sakit itu ke dalam air rebusan itu apabila ianya telah suam. Perlulah diingat bahawa serai wangi yang diperlukan itu adalah keseluruhan pokoknya, batang dan daun, tidak termasuk akar.

Monday, June 22, 2009

Masjid “Fat’hur Rahman” Pengkalan Rama, Melaka.

Bahagian meletak kenderaan jemaah ditepi jalan besar dan tepi masjid.

Bahagian hadapan masjid.

Dewan Solat lama dan baru yang telah diperkemaskan.

Segala kelengkapan yang telah diperbaiki dan digantikan ada terkumpul dibahagian belakang masjid.


Mimbar lama dan baru masjid yang telah diperkemaskan.


Sejarah Masjid Pengkalan Rama yang diberi nama “Fat’hur Rahman” telah dibina sekitar tahun 1730an dan kemudiannya telah diperbaharui oleh seorang Datuk Penghulu Yang bernama Datuk Penghulu Abdul Ghani pada tahun 1917 bersamaan dalam tahun 1324 Hijrah. Beliau telah mewakafkan sebahagian harta tanahnya sendiri untuk tujuan pembinaan masjid ini. Disebabkan kepadatan dan pertambahan penduduk yang terdiri dari 4 solok kariah iaitu Solok Pengkalan Rama Pantai, Solok Pengkalan Rama Tengah, Solok Durian Daun dan Solok Kampung Mata Kuching. Namun sehingga kini masih berdiri teguh di tengah Bandaraya Melaka “Warisan Dunia”. Oleh kerana kedudukannya terletak hampir dengan pusat rekriasi keluarga iaitu “Taman Rempah” yang juga merupakan jeti mengangkut penumpang bagi pelancong menaiki bot untuk menyusuri Sungai Melaka. Pada tahun 1978, masjid ini telah diperbaharui dengan hasil kutipan derma orang ramai dan penduduk kampung. Pada tahun 2004 masjid ini sekali lagi diubahsuai untuk kerja-kerja penambahan ruang sembahyang di bahagian belakang masjid hasil daripada kutipan derma tersebut dan Kerajaan Negeri Melaka melalui Pejabat Pembangunan Negeri bekerjasama dengan Pebadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah meluluskan peruntukan bagi projek penyelenggaraan serta baik pulih masjid-masjid tradisional dan lama di dalam Negeri Melaka dibawah peruntukan Projek Keagamaan Negeri Tahun 2009.

Antara kerja-kerja baik pulihnya meliputi :-

  • Mengecat semula bagi mengekalkan warna asal supaya kelihatan asal dan tradisional.
  • Membaik-pulih mimbar.
  • Menyediakan papan tanda dalam dan luar masjid.
  • Kerja-kerja pembersihan sekitar masjid.
  • Penyelenggaran pendawaian elektrik.


Kerja membaik-pulih ini bertujuan:-

  • Mengekalkan keutuhan struktur binaan asal.
  • Memelihara keaslian tradisional binaan tersebut.
  • Memberi keselesaan kepada jemaah didalam qariah mahupun luar ketika menunaikan ibadah.
  • Meningkatkan mutu konsep Islam di dalam masyarakat.


JKKK Pengkalan Rama Tengah serta AJK Masjid “Fat’hur Rahman” Pengkalan Rama amat berbesar hati dengan terlaksananya projek penambah-baikan bagi membaik-pulih masjid ini. Walaupun masjid ini yang telah melalui beberapa kali proses pembaikannya. Namun demikian ini merupakan proses penambah baikannya bagi keselesaan dan keselamatan jemaah.



Monday, June 15, 2009

Projek Naik Taraf Kantin Sekolah Agama Datin Seri Zabedah



Sekolah Agama ini telah beroperasi sekitar tahun 1980-an. Oleh kerana telah beroperasi sekian lama maka kantinnya pun telah uzur, malah membahayakan kepada pelajar serta gurunya . Projek Naik Taraf Kantin Sekolah Agama Datin Seri Zabedah, Durian Daun, Melaka menelan belanja rm 20,000 menerima bantuan yang perlu disiapkan segera dari Jabatan Agama Islam Melaka yang di pantau oleh JKKK Pengkalan Rama Tengah melalui pengerusinya iaitu En. Zaini Bin Ismail serta AJK biro yang terlibat.

Editor telah ditanya oleh beberapa orang yang melalui jalan hadapan sekolah berkenaan dan menjadi kebiasaannya apabila sesuatu projek yang dilaksanakan pastinya akan dinaikan papan tanda yang menyatakan pembinaan sesuatu projek. Seperti nama latar belakang syarikat, projek ape yang dilaksanakan, tarikh siap projek berkenaan dsb. Namun editor cuma tersenyum sahaja apabila mendengar soalan berkenaan.

Wednesday, June 10, 2009

Hentikan Polemik, Imbau Kembali Sejarah Keganasan Komunis.

Isu kepulangan Chin Peng ke Tanah Air telah dibangkitkan oleh seorang pemimpin Parti Gerakan (Komponen Barisan Nasional) tetapi kemudian disokong oleh Parti Pembangkang kerana perkara tersebut dilihat boleh membawa keuntungan politik kepada mereka bagi memutar belitkan fakta terhadap masyarakat.

30 April lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rendah yang meminta Chin Peng menunujukkan dokumen pengenalan sebelum dibenarkan memasuki Negara ini.


Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Yusof membuat keputusan itu selepas menolak usul Chin Peng memohon kebenaran untuk membuat rayuan.


Kesan jangka panjang yang ditinggalkan oleh Chin Peng dan pengikutnya ke atas masyarakat Malayu, Cina, dan India pada waktu itu yang bermaharajalela membunuh pemimpin tempatan, penghulu, imam kampong, penduduk-penduduk tempatan, menyerang ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British, sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu yang bangkit untuk menentang komunis.

Umum mengetahui bahawa falsafah yang diamalkan ialah ‘atiesme’ prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx bahawa fahaman mereka adalah tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama adalah candu manusia. Walaupun ada kalangan orang melayu yang menjadi pemimpin PKM mengamalkan prinsip keagamaan seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah tetapi tindakan kejam & ganas mereka jelas sekali bercanggah dengan ajaran Islam.


Tidak keterlaluan juga komunis ini juga boleh dikenali sebagai penjajah terakhir dinegara kita. Ianya berbeza dengan Portugis, Belanda, British, Siam mahupun Jepun. Penjajahan komunis bukan didalangi orang asing, yang menceroboh untuk menakluki Negara kita, sebaliknya komunis menjajah Negara kita dengan menanamkan ideology cetusan Karl Marx dikalangan masyarakat tempatan, terutama orang cina di Tanah Melayu. Sejak dicetuskan di Eropah pada pertengahan abad ke-19, ideology komunis mula merebak pesat ke negara lain termasuk Russia dan China sebelum tiba di Negara kita pada awal 1920-an. Pelbagai propaganda mereka aturkan, hingga kira-kira 10 000 ahli baru menyertai parti itu menjelang 1934. Usaha mereka juga menjurus kepada penubuhan kerajaan komunis menerusi pendekatan politik tetapi gagal apabila mereka diketepikan British dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. PKM menukar strategi kepada pendekatan keganasan dimana komunis ini bergerak dalam hutan dan menjadi pasukan pembunuh bergerak secara gerila.


Untuk sekian lama sebelum dan selepas merdeka sehinggalah perjanjian damai 1989, negara tidak aman dan ribuan orang terbunuh sama ada membabitkan anggota keselamatan atauanggota komunis itu sendiri. Ribuan juga mejadi janda, duda, dan yatim piatu. Bagi yang bernasib baik untuk terus hidup, mereka pula terus dihantui bayang-bayang PKM pimpinan Chin Peng yang radikal & kejam itu bersama rakannya. Ramai lagi yang menderita kerana kepayahan hidup gara-gara kehadiran komunis sehingga ada yang sakit jiwa. Oleh itu, jika kita membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia, ia akan mengundang kekecohandan rasa tidak senang hati, terutama di kalangan generasi yang mengalami zaman komunis biarpun generasi muda & belia hari ini cuma mengetahui melalui bahan sejarah.


Sebetulnya, Chin Peng 85 tahun yang kini hidup dalam buangan di Thailand sejak 1961 harus dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Antarbangsa dan dipertanggungjawabkan keatas 50 000 anggota tentera dan polis, selain ahli keluarga mereka serta sebahagian orang awam yang terkorban ketika menentang PKM pada zaman darurat. Jika bekas pemimpin Serbia, Radovan Karadzic boleh dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Perang atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai rakyat Muslim Bosnia ketika perang 1992-95, tidak salah berbuat demikian terhadap Chin Peng yang kesalahannya tidak boleh dimaafkan oleh rakyat Negara ini.


Stigma terpahat dalam minda rakyat Malaysia dan tangan Chin Peng itu diselaputi darah dan dendam yang menebal di kalangan anggota pasukan keselamatan dan orang awam yang menjadi mangsa kepada kekejaman perjuangan yang dipimpinnya. Hal ini telah dipolitik parti pembangkang yang boleh dijadikan modal bagi menggugatkan ketenteraman & keharmonian masyarakat Negara ini. Oleh itu, janganlah kita buta mengenai sejarah dan daripada kita mendesak kerajaan untuk membawa pulang ke Negara ini, elok rasanya kita mendesak kerajaan dan badan antarabangsa agar bertindak keatas Chin Ping seperti tindakan yang dikenakan keatas Karadzic.

Monday, June 8, 2009

Elak Perbalahan Sesama Sendiri Sesama Kaum

Pepatah melayu mengatakan apabila "Meludah Ke Langit, Terkena Muka Sendiri" dan "Menepuk Air Di Dulang Tepercik Ke Muka" yang bermaksud tidak usah mengatakan orang lain jikalau diri sendiri sebegitu juga rupanya & akhirnya diri sendiri yang terasa akibatnya daripada perbuatan kita sendiri. Perbalahan sesama sendiri haruslah diberhentikan terutama didalam merebut sesuatu jawatan didalam sesebuah pertubuhan, badan-badan ataupun organisasi. Ini kerana, ianya hanya bakal melemahkan perjuangan kaum sendiri sahaja pada kesudahannya kelak.


Masyarakat umum tahu, kekuasaan adalah suatu impian bagi mereka yang mengidamkannya dalam mendapatkan apa yang dicita-citakan apabila segala keputusan, segala kemahuannya sudah mampu dilaksanakan. Jikalau apa yang dicita-citakan orang yang mengejar akan jawatan tersebut yang membawa kepentingan serta hak masyarakat, adalah tidak menjadi masalah, akan tetapi apabila seseorang yang mengkehendaki sesuatu jawatan terbabit kerana mempunyai kepentingan & cita-cita hanya untuk kepentingan diri mereka sendiri ataupun kaum-kaum terdekat dengan mereka sahaja. Ini adalah suatu tidak adil bagi masyarakat mahupun rakyat biasa yang menjadi boneka diatas permainan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini. Hal ini amat menyedihkan lagi apabila diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan serta fitnah yang berbuih-buih ditaburkan bagi menjejaskan kredebiliti mahupun kebolehan pimpinan sedia ada.


Lebih signifiknya lagi bagi mereka yang suka mengada-adakan cerita yang tidak ada ini adalah demi mencari publisiti murahan semata-mata. Kebaikan yang dilakukan adalah hanya bagi menjayakan inspirasi kejayaan peribadi mereka semata-mata. Kehidupan masyarakat umum yang terdiri daripada kelompok orang melayu yang beragama Islam & berpegang pada landas-landas agama, mempunyai negara yang mengamalkan sistem undang-undang tetapi masih lagi mempunyai golongan orang yang mempunyai pemikiran ditakuk yang lama. Mereka tidak mampu mengubah corak dan daya pemikiran yang lebih kreatif untuk sama-sama untuk memacu pembangunan dari pelbagai segi aspek seperti ekonomi, politik & sosial. Jika kita mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mencapai kemajuan pada masa 50 tahun akan datang, pastinya masing- masing mengajukan percambahan idea yang bernas untuk mencapai kejayaan yang bakal dikecapi generasi akan datang. Tidak rugi jika usaha kita pada hari ini tidak mencapai kejayaan sebaliknya diperbaiki pada setiap ruang-ruang yang masih perlu diisi dan bukannya menjadikan ianya sebagai titik noktah pada landasan perjuangan kita pada hari ini.


Adalah gagal bagi orang melayu yang hanya mensia-siakan peluang yang disediakan oleh kerajaan terdahulu sehingga kini dibawah kepimpinan baru yang di tabalkan sebagai Presiden UMNO pada 28 Mac yang lepas iaitu YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau seorang yang komited dalam pembangunan ekonomi orang melayu, malah dengan slogan yang baru diperkenalkan oleh beliau selepas menjadi Perdana Menteri Keenam Malaysia iaitu, “Satu Malaysia. Rakyat didahlukan. Pencapaian diutamakan”amat jelas sekali bahawa dengan pengalaman, latar belakang beliau yang kukuh dalam ekonomi, mempunyai dasar serta kebijaksanaan, rakyat yakin beliau berjaya dapat menyelasaikan perkara-perkara yang melibatkan rakyat.


Berbalik pada konteks yang diusulkan pada awal tadi, adalah menjadi tanggungjawab kita dalam menjana keharmonian, keakraban antara satu sama lain, perhubungan antara kaum juga menjadi tunjang negara yang menjadikan Malaysia negara yang harmoni lagi disegani. Tidak perlu berbalah, tidak perlu kecam- mengecam, perpaduan adalah tembok rakyat sejak dari awal kemerdekaan negara. Jadi, kita sebagai manusia yang hanya mengejar keduniaan semata adalah suatu perkara yang amat merugikan. Hal ini kerana jika bersatu padu, kesepakatan didalam sesuatu konteks kepemimpinan, adalah menjadi tonggak kepada kita dalam menggerakkan tenaga dalam menyatupadukan hubungan antara kaum malah jika dalam sebuah kaum tersebut turut menjadikan perbalahan sebagai agenda, antara satu sama lain berikutan kerana mengejar cita-cita dan harapan peribadi sahaja, harus mahupun patut dihentikan semangat yang sebegitu rupa serta merta.


Seharusnya kita masing-masing berfikir bagaimana harus mengubah lanskap pemikiran masyarakat negara kita kearah yang lebih kearah kecemerlangan yang akan membawa kenuntungan, yang membawa kejayaan seiring dengan masyarakat kaum lain ( khusus orang melayu ) yang dikategorikan sebagai masyarkat terendah pendapatan , terendah dari segi pencapaian dari kalangan kaum-kaum lain. Tidakkah kita terfikir sebegitu? Kehidupan kita sebagai khalifah diatas muka bumi ini, adalah untuk meneruskan tuntutan & seruan oleh yang Maha Esa. Tidak salah mencapai apa yang dihajati selagi tidak menyalahi / menyelewengi hukum hakam agama. Akur dengan ketentuan ilahi dengan meneruskan lagi perjuanagn tanpa henti adalah semangat yang harus diterjemahkan melalui wadah kepada dalam jiwa mereka yang berjuang ini.


Kesedaran yang terbuka dari lubuk pintu hati tersbut jika dibuka seluas-luasnya, masing-masing akan menjadikan hubungan antara satu sama lain sebaik mungkin dan jika tidak negara kita akan turut ditertawakan negara luar bahkan medan sebegini adalah ruang permainan kaum-kaum lain bagi menjatuhkan hubungan sesama kaum melayu. Adalah menjadi tanggung jawab bagi orang melayu menjaga kedaulatan negara agar keamanan terus dapat dikecapi agar generasi akan datang dapat meneruskan kesinambungan hari ini seterusnya menjamin kesejahteraan negara dalam pelbagai aspek apabila kata muafakat dapat dicapai oleh semua pihak jikalau perpaduan adalah kunci kepada tonggak keharmonian dalam kehidupan sehari-hari. Jesteru, seruan sekali lagi diseru agar kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang kaum, seharusnya kita menjaga segala apa yang telah tersedia sejak awal kemerdakaan dahulu yang telah diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita dahulu dan kenikmatan yang kita perolehi pada hari ini dapat dilakukan penambahbaikan lagi agar dapat memacu pembangunan akhlak & sahsiah jiwa masyarakat Malaysia kearah lebih profesionalisme kelas pertama.

Related Posts with Thumbnails