KAWASAN JKKK INI MERUPAKAN SALAH SATU KAWASAN YANG TERLETAK DITENGAH-TENGAH BANDAR MELAKA BERSEJARAH. IANYA MELIPUTI KAWASAN MENGUNDI IAITU KAMPUNG PENGKALAN RAMA TENGAH (1382101) DAN KAMPUNG DURIAN DAUN (1382105). OLEH KERANA KAWASANNYA KECIL MAKA DIGABUNGKAN KEDUA-DUA KAWASAN INI SUPAYA MENJADI SATU DAN DIPANGIL "JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH". JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH TERMASUK DIBAWAH KAWASAN JAPERUN DUN DUYUNG, PARLIMEN KOTA MELAKA. Y.B DATUK GAN TIAN LOO MERUPAKAN ADUN kAWASAN DUN DUYUNG.

UCAPAN PENGERUSI

ASSALAMUALAIKUM. Tahniah kepada ahli jawatankuasa 2009/2010 yang dilantik. Pertama sekali jangan peduli apa yang orang katakan, tetapi perlulah kita pedulikan apa yang Al-Quran dan Hadis katakan. Disamping apa yang perlu dan apa yang akan kita buat serta laksanakan. Diharap semua ahli akan bekerjasama bagi memajukan apa yang telah dirancangkan oleh Kerajaan Negeri Melaka khasnya yang mahukan "Melaka Maju 2010". Dalam konteks semangat kerja berpasukan pula ahli juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran dan Bekerjasama. - En.Zaini Bin Ismail, Pengerusi JKKK Pengkalan Rama Tengah merangkap Timbalan Pengerusi Japerun Dun Duyung/Setiausaha Umno Bahagian Kota Melaka.

Monday, June 22, 2009

Masjid “Fat’hur Rahman” Pengkalan Rama, Melaka.

Bahagian meletak kenderaan jemaah ditepi jalan besar dan tepi masjid.

Bahagian hadapan masjid.

Dewan Solat lama dan baru yang telah diperkemaskan.

Segala kelengkapan yang telah diperbaiki dan digantikan ada terkumpul dibahagian belakang masjid.


Mimbar lama dan baru masjid yang telah diperkemaskan.


Sejarah Masjid Pengkalan Rama yang diberi nama “Fat’hur Rahman” telah dibina sekitar tahun 1730an dan kemudiannya telah diperbaharui oleh seorang Datuk Penghulu Yang bernama Datuk Penghulu Abdul Ghani pada tahun 1917 bersamaan dalam tahun 1324 Hijrah. Beliau telah mewakafkan sebahagian harta tanahnya sendiri untuk tujuan pembinaan masjid ini. Disebabkan kepadatan dan pertambahan penduduk yang terdiri dari 4 solok kariah iaitu Solok Pengkalan Rama Pantai, Solok Pengkalan Rama Tengah, Solok Durian Daun dan Solok Kampung Mata Kuching. Namun sehingga kini masih berdiri teguh di tengah Bandaraya Melaka “Warisan Dunia”. Oleh kerana kedudukannya terletak hampir dengan pusat rekriasi keluarga iaitu “Taman Rempah” yang juga merupakan jeti mengangkut penumpang bagi pelancong menaiki bot untuk menyusuri Sungai Melaka. Pada tahun 1978, masjid ini telah diperbaharui dengan hasil kutipan derma orang ramai dan penduduk kampung. Pada tahun 2004 masjid ini sekali lagi diubahsuai untuk kerja-kerja penambahan ruang sembahyang di bahagian belakang masjid hasil daripada kutipan derma tersebut dan Kerajaan Negeri Melaka melalui Pejabat Pembangunan Negeri bekerjasama dengan Pebadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah meluluskan peruntukan bagi projek penyelenggaraan serta baik pulih masjid-masjid tradisional dan lama di dalam Negeri Melaka dibawah peruntukan Projek Keagamaan Negeri Tahun 2009.

Antara kerja-kerja baik pulihnya meliputi :-

  • Mengecat semula bagi mengekalkan warna asal supaya kelihatan asal dan tradisional.
  • Membaik-pulih mimbar.
  • Menyediakan papan tanda dalam dan luar masjid.
  • Kerja-kerja pembersihan sekitar masjid.
  • Penyelenggaran pendawaian elektrik.


Kerja membaik-pulih ini bertujuan:-

  • Mengekalkan keutuhan struktur binaan asal.
  • Memelihara keaslian tradisional binaan tersebut.
  • Memberi keselesaan kepada jemaah didalam qariah mahupun luar ketika menunaikan ibadah.
  • Meningkatkan mutu konsep Islam di dalam masyarakat.


JKKK Pengkalan Rama Tengah serta AJK Masjid “Fat’hur Rahman” Pengkalan Rama amat berbesar hati dengan terlaksananya projek penambah-baikan bagi membaik-pulih masjid ini. Walaupun masjid ini yang telah melalui beberapa kali proses pembaikannya. Namun demikian ini merupakan proses penambah baikannya bagi keselesaan dan keselamatan jemaah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails