30 April lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rendah yang meminta Chin Peng menunujukkan dokumen pengenalan sebelum dibenarkan memasuki Negara ini.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Yusof membuat keputusan itu selepas menolak usul Chin Peng memohon kebenaran untuk membuat rayuan.
Kesan jangka panjang yang ditinggalkan oleh Chin Peng dan pengikutnya ke atas masyarakat Malayu, Cina, dan India pada waktu itu yang bermaharajalela membunuh pemimpin tempatan, penghulu, imam kampong, penduduk-penduduk tempatan, menyerang ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British, sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu yang bangkit untuk menentang komunis.
Umum mengetahui bahawa falsafah yang diamalkan ialah ‘atiesme’ prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx bahawa fahaman mereka adalah tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama adalah candu manusia. Walaupun ada kalangan orang melayu yang menjadi pemimpin PKM mengamalkan prinsip keagamaan seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah tetapi tindakan kejam & ganas mereka jelas sekali bercanggah dengan ajaran Islam.
Tidak keterlaluan juga komunis ini juga boleh dikenali sebagai penjajah terakhir dinegara kita. Ianya berbeza dengan Portugis, Belanda, British, Siam mahupun Jepun. Penjajahan komunis bukan didalangi orang asing, yang menceroboh untuk menakluki Negara kita, sebaliknya komunis menjajah Negara kita dengan menanamkan ideology cetusan Karl Marx dikalangan masyarakat tempatan, terutama orang cina di Tanah Melayu. Sejak dicetuskan di Eropah pada pertengahan abad ke-19, ideology komunis mula merebak pesat ke negara lain termasuk Russia dan China sebelum tiba di Negara kita pada awal 1920-an. Pelbagai propaganda mereka aturkan, hingga kira-kira 10 000 ahli baru menyertai parti itu menjelang 1934. Usaha mereka juga menjurus kepada penubuhan kerajaan komunis menerusi pendekatan politik tetapi gagal apabila mereka diketepikan British dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. PKM menukar strategi kepada pendekatan keganasan dimana komunis ini bergerak dalam hutan dan menjadi pasukan pembunuh bergerak secara gerila.
Untuk sekian lama sebelum dan selepas merdeka sehinggalah perjanjian damai 1989, negara tidak aman dan ribuan orang terbunuh sama ada membabitkan anggota keselamatan atauanggota komunis itu sendiri. Ribuan juga mejadi janda, duda, dan yatim piatu. Bagi yang bernasib baik untuk terus hidup, mereka pula terus dihantui bayang-bayang PKM pimpinan Chin Peng yang radikal & kejam itu bersama rakannya. Ramai lagi yang menderita kerana kepayahan hidup gara-gara kehadiran komunis sehingga ada yang sakit jiwa. Oleh itu, jika kita membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia, ia akan mengundang kekecohandan rasa tidak senang hati, terutama di kalangan generasi yang mengalami zaman komunis biarpun generasi muda & belia hari ini cuma mengetahui melalui bahan sejarah.
Sebetulnya, Chin Peng 85 tahun yang kini hidup dalam buangan di Thailand sejak 1961 harus dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Antarbangsa dan dipertanggungjawabkan keatas 50 000 anggota tentera dan polis, selain ahli keluarga mereka serta sebahagian orang awam yang terkorban ketika menentang PKM pada zaman darurat. Jika bekas pemimpin Serbia, Radovan Karadzic boleh dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Perang atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai rakyat Muslim Bosnia ketika perang 1992-95, tidak salah berbuat demikian terhadap Chin Peng yang kesalahannya tidak boleh dimaafkan oleh rakyat Negara ini.
Stigma terpahat dalam minda rakyat Malaysia dan tangan Chin Peng itu diselaputi darah dan dendam yang menebal di kalangan anggota pasukan keselamatan dan orang awam yang menjadi mangsa kepada kekejaman perjuangan yang dipimpinnya. Hal ini telah dipolitik parti pembangkang yang boleh dijadikan modal bagi menggugatkan ketenteraman & keharmonian masyarakat Negara ini. Oleh itu, janganlah kita buta mengenai sejarah dan daripada kita mendesak kerajaan untuk membawa pulang ke Negara ini, elok rasanya kita mendesak kerajaan dan badan antarabangsa agar bertindak keatas Chin Ping seperti tindakan yang dikenakan keatas Karadzic.
No comments:
Post a Comment