KAWASAN JKKK INI MERUPAKAN SALAH SATU KAWASAN YANG TERLETAK DITENGAH-TENGAH BANDAR MELAKA BERSEJARAH. IANYA MELIPUTI KAWASAN MENGUNDI IAITU KAMPUNG PENGKALAN RAMA TENGAH (1382101) DAN KAMPUNG DURIAN DAUN (1382105). OLEH KERANA KAWASANNYA KECIL MAKA DIGABUNGKAN KEDUA-DUA KAWASAN INI SUPAYA MENJADI SATU DAN DIPANGIL "JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH". JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH TERMASUK DIBAWAH KAWASAN JAPERUN DUN DUYUNG, PARLIMEN KOTA MELAKA. Y.B DATUK GAN TIAN LOO MERUPAKAN ADUN kAWASAN DUN DUYUNG.

UCAPAN PENGERUSI

ASSALAMUALAIKUM. Tahniah kepada ahli jawatankuasa 2009/2010 yang dilantik. Pertama sekali jangan peduli apa yang orang katakan, tetapi perlulah kita pedulikan apa yang Al-Quran dan Hadis katakan. Disamping apa yang perlu dan apa yang akan kita buat serta laksanakan. Diharap semua ahli akan bekerjasama bagi memajukan apa yang telah dirancangkan oleh Kerajaan Negeri Melaka khasnya yang mahukan "Melaka Maju 2010". Dalam konteks semangat kerja berpasukan pula ahli juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran dan Bekerjasama. - En.Zaini Bin Ismail, Pengerusi JKKK Pengkalan Rama Tengah merangkap Timbalan Pengerusi Japerun Dun Duyung/Setiausaha Umno Bahagian Kota Melaka.

Friday, August 28, 2009

Ramadhan Datang Lagi


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Friday, August 7, 2009

Asal Usul Negeri Melaka

Melaka diketahui sebagai sebuah negeri bersejarah yang kaya dan dikenali sebagai lambang semangat perpaduan kebangsaan yang telah ditempa hasil ukiran dan tenunan sejarah yang unik. Melaka telah diasaskan oleh Parameswara (atau Raja Iskandar), pemerintah Melayu Temasik yang terakhir (Singapura pada masa dahulu) pada tahun 1396 apabila baginda dan pengikut - pengikutnya mengundurkan diri ke selat menuju ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujung sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara Sungai Melaka.

Setelah mengetahui akan kedudukannya yang strategik, baginda memutuskan untuk menetap di situ dan menamakannya sebagai "Melaka"

Wednesday, August 5, 2009

Jangan Berkokok Berderai-Derai Tetapi Ekor Bergelumang Dengan Tahi



Sememangnya Kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah merupakan Kawasan Putih serta bebas Denggi. Ianya adalah hasil kesedaran masyarakat setempat. Bukannya hanya segelintir masyarakat yang sedar dirinya bagus bagi melaksanakan gotong-royong diatas tanah Perkuburan Islam Durian Daun serta menumpang nama pada program tersebut, tetapi ianya perlu di teruskan sehingga kehari-hari berikutnya.... Janganlah inginkan nama dikenali sahaja serta menjadi pelakon terbaik. Pada hakikatnya hanya Tuhan Yang Tahu......... bak kata pepatah "Berkokok Berderai-Derai Tetapi Ekor Bergelumang Dengan Tahi".


Banjir Melanda Kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah

Hujan yang turun bermula dalam lingkungan jam 10 pagi sehingga jam 4 petang pada hari Isnin 27 Julai 2009 di sekitar Negeri Melaka telah mengakibatkan berlakunya "banjir kilat" di beberapa kawasan.Terutamanya di dalam kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah (DUN Duyung). Antara kampung yang terlibat di dalam JKKK ini ialah Kampung Durian Daun Dalam, Kampung Pengkalan Rama Tengah dan Kampung Bukit Cina. Bagi mangsa yang telibat mereka telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Durian Daun. Pusat Pemindahan ini telah dibuka pada jam 2 ptg berlarutan sehingga 24 jam dan di tutup pada keesokan harinya berikutan air semakin surut. Ketua Menteri Melaka turut menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan pada malam kejadian. Jabatan Kebajikan Masyarakat turut terlibat bagi membekalkan segala keperluan seperti makanan,selimut,tikar dan sebagainya. Antara jabatan lain yang terlibat ialah Pejabat Daerah Melaka Tengah, Balai Polis Melaka Tengah dan Pejabat Japerun Dun Duyung.

Penyerahan Bantuan Banjir



Seramai lebih kurang 250 orang mangsa banjir kilat pada 27/07/2009 yang berada dalam kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah (DUN Duyong) tempohari menerima bantuan dari Tabung Bencana Alam Negeri Melaka melalui Pejabat Daerah Melaka Tengah sebanyak RM200 mengikut keluarga masing-masing di Sekolah Rendah Kebangsaan (Perempuan) Durian Daun. Penghulu Razali mewakili Y.B Gan Tian Loo pada program yang dijadualkan pada 03/08/2009 jam 3.00 petang berakhir jam 5.30 petang. Aturcara berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah. Namun ianya dapat diatasi dengan baiknya. Kesemua ahli JKKK turut hadir pada program berkenaan.
Related Posts with Thumbnails