Pepatah melayu mengatakan apabila "Meludah Ke Langit, Terkena Muka Sendiri" dan "Menepuk Air Di Dulang Tepercik Ke Muka" yang bermaksud tidak usah mengatakan orang lain jikalau diri sendiri sebegitu juga rupanya & akhirnya diri sendiri yang terasa akibatnya daripada perbuatan kita sendiri. Perbalahan sesama sendiri haruslah diberhentikan terutama didalam merebut sesuatu jawatan didalam sesebuah pertubuhan, badan-badan ataupun organisasi. Ini kerana, ianya hanya bakal melemahkan perjuangan kaum sendiri sahaja pada kesudahannya kelak.
Masyarakat umum tahu, kekuasaan adalah suatu impian bagi mereka yang mengidamkannya dalam mendapatkan apa yang dicita-citakan apabila segala keputusan, segala kemahuannya sudah mampu dilaksanakan. Jikalau apa yang dicita-citakan orang yang mengejar akan jawatan tersebut yang membawa kepentingan serta hak masyarakat, adalah tidak menjadi masalah, akan tetapi apabila seseorang yang mengkehendaki sesuatu jawatan terbabit kerana mempunyai kepentingan & cita-cita hanya untuk kepentingan diri mereka sendiri ataupun kaum-kaum terdekat dengan mereka sahaja. Ini adalah suatu tidak adil bagi masyarakat mahupun rakyat biasa yang menjadi boneka diatas permainan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini. Hal ini amat menyedihkan lagi apabila diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan serta fitnah yang berbuih-buih ditaburkan bagi menjejaskan kredebiliti mahupun kebolehan pimpinan sedia ada.
Lebih signifiknya lagi bagi mereka yang suka mengada-adakan cerita yang tidak ada ini adalah demi mencari publisiti murahan semata-mata. Kebaikan yang dilakukan adalah hanya bagi menjayakan inspirasi kejayaan peribadi mereka semata-mata. Kehidupan masyarakat umum yang terdiri daripada kelompok orang melayu yang beragama Islam & berpegang pada landas-landas agama, mempunyai negara yang mengamalkan sistem undang-undang tetapi masih lagi mempunyai golongan orang yang mempunyai pemikiran ditakuk yang lama. Mereka tidak mampu mengubah corak dan daya pemikiran yang lebih kreatif untuk sama-sama untuk memacu pembangunan dari pelbagai segi aspek seperti ekonomi, politik & sosial. Jika kita mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mencapai kemajuan pada masa 50 tahun akan datang, pastinya masing- masing mengajukan percambahan idea yang bernas untuk mencapai kejayaan yang bakal dikecapi generasi akan datang. Tidak rugi jika usaha kita pada hari ini tidak mencapai kejayaan sebaliknya diperbaiki pada setiap ruang-ruang yang masih perlu diisi dan bukannya menjadikan ianya sebagai titik noktah pada landasan perjuangan kita pada hari ini.
Adalah gagal bagi orang melayu yang hanya mensia-siakan peluang yang disediakan oleh kerajaan terdahulu sehingga kini dibawah kepimpinan baru yang di tabalkan sebagai Presiden UMNO pada 28 Mac yang lepas iaitu YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau seorang yang komited dalam pembangunan ekonomi orang melayu, malah dengan slogan yang baru diperkenalkan oleh beliau selepas menjadi Perdana Menteri Keenam
Berbalik pada konteks yang diusulkan pada awal tadi, adalah menjadi tanggungjawab kita dalam menjana keharmonian, keakraban antara satu sama lain, perhubungan antara kaum juga menjadi tunjang negara yang menjadikan
Seharusnya kita masing-masing berfikir bagaimana harus mengubah lanskap pemikiran masyarakat negara kita kearah yang lebih kearah kecemerlangan yang akan membawa kenuntungan, yang membawa kejayaan seiring dengan masyarakat kaum lain ( khusus orang melayu ) yang dikategorikan sebagai masyarkat terendah pendapatan , terendah dari segi pencapaian dari kalangan kaum-kaum lain. Tidakkah kita terfikir sebegitu? Kehidupan kita sebagai khalifah diatas muka bumi ini, adalah untuk meneruskan tuntutan & seruan oleh yang Maha Esa. Tidak salah mencapai apa yang dihajati selagi tidak menyalahi / menyelewengi hukum hakam agama. Akur dengan ketentuan ilahi dengan meneruskan lagi perjuanagn tanpa henti adalah semangat yang harus diterjemahkan melalui wadah kepada dalam jiwa mereka yang berjuang ini.
Kesedaran yang terbuka dari lubuk pintu hati tersbut jika dibuka seluas-luasnya, masing-masing akan menjadikan hubungan antara satu sama lain sebaik mungkin dan jika tidak negara kita akan turut ditertawakan negara luar bahkan
No comments:
Post a Comment