KAWASAN JKKK INI MERUPAKAN SALAH SATU KAWASAN YANG TERLETAK DITENGAH-TENGAH BANDAR MELAKA BERSEJARAH. IANYA MELIPUTI KAWASAN MENGUNDI IAITU KAMPUNG PENGKALAN RAMA TENGAH (1382101) DAN KAMPUNG DURIAN DAUN (1382105). OLEH KERANA KAWASANNYA KECIL MAKA DIGABUNGKAN KEDUA-DUA KAWASAN INI SUPAYA MENJADI SATU DAN DIPANGIL "JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH". JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH TERMASUK DIBAWAH KAWASAN JAPERUN DUN DUYUNG, PARLIMEN KOTA MELAKA. Y.B DATUK GAN TIAN LOO MERUPAKAN ADUN kAWASAN DUN DUYUNG.

UCAPAN PENGERUSI

ASSALAMUALAIKUM. Tahniah kepada ahli jawatankuasa 2009/2010 yang dilantik. Pertama sekali jangan peduli apa yang orang katakan, tetapi perlulah kita pedulikan apa yang Al-Quran dan Hadis katakan. Disamping apa yang perlu dan apa yang akan kita buat serta laksanakan. Diharap semua ahli akan bekerjasama bagi memajukan apa yang telah dirancangkan oleh Kerajaan Negeri Melaka khasnya yang mahukan "Melaka Maju 2010". Dalam konteks semangat kerja berpasukan pula ahli juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran dan Bekerjasama. - En.Zaini Bin Ismail, Pengerusi JKKK Pengkalan Rama Tengah merangkap Timbalan Pengerusi Japerun Dun Duyung/Setiausaha Umno Bahagian Kota Melaka.

Monday, May 25, 2009

Wujud Persekitaran Bersih dan Ceria – Y.B Gan Tian Loo

DUYONG, 10 Mei - Orang ramai khususnya penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong diseru sentiasa memikul tanggungjawab bersama memastikan kawasan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria.


Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo berkata, sikap menuding jari dan menyalahkan orang lain apabila kawasan mereka kotor serta terdedah dengan wabak penyakit perlu dihindari.

Katanya, walaupun pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa melaksanakan tanggungjawab itu pada setiap hari namun masih ada lagi segelintir penduduk yang mempunyai sikap buruk dengan membuang sampah di merata tempat sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan lalat.

"Oleh itu slogan, 'Cintai Kebersihan dan Bencikan Kekotoran' perlu sentiasa dihayati serta diamalkan supaya persekitaran kawasan sedia ada berada pada tahap seperti mana yang dikehendaki," katanya.

Terdahulu daripada itu, Tian Loo berkonvoi dengan menunggang motosikal bersama 30 belia bagi mengadakan program gotong-royong menanam 700 batang Pokok Kelapa Pandan di persekitaran DUN tersebut di sini pagi tadi.

Timbalan Pengerusi Japerun DUN Duyong, Zaini Ismail berkata, penanaman pokok itu melibatkan tujuh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dihadiri 300 penduduk terbabit.

Antara JKKK yang terlibat ialah JKKK Duyong, Taman Seri Duyong, Permatang Duyong, Semabok, Kampung Ladang Semabok, Pengkalan Rama Tengah dan Ayer Leleh.

Turut serta pada majlis itu Penghulu DUN itu, Razali Yasin, Pengerusi JKKK Permatang Duyong, Azman Abas, Semabok, Othman Baba, Ketua UMNO cawangan Taman Seri Duyong, Rohani Ahmad dan Pegawai Kebajikan DUN itu, Nor Azlan Yusof.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails