Hujan yang turun bermula dalam lingkungan jam 10 pagi sehingga jam 4 petang pada hari Isnin 27 Julai 2009 di sekitar Negeri Melaka telah mengakibatkan berlakunya "banjir kilat" di beberapa kawasan.Terutamanya di dalam kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah (DUN Duyung). Antara kampung yang terlibat di dalam JKKK ini ialah Kampung Durian Daun Dalam, Kampung Pengkalan Rama Tengah dan Kampung Bukit Cina. Bagi mangsa yang telibat mereka telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Durian Daun. Pusat Pemindahan ini telah dibuka pada jam 2 ptg berlarutan sehingga 24 jam dan di tutup pada keesokan harinya berikutan air semakin surut. Ketua Menteri Melaka turut menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan pada malam kejadian. Jabatan Kebajikan Masyarakat turut terlibat bagi membekalkan segala keperluan seperti makanan,selimut,tikar dan sebagainya. Antara jabatan lain yang terlibat ialah Pejabat Daerah Melaka Tengah, Balai Polis Melaka Tengah dan Pejabat Japerun Dun Duyung.KAWASAN JKKK INI MERUPAKAN SALAH SATU KAWASAN YANG TERLETAK DITENGAH-TENGAH BANDAR MELAKA BERSEJARAH. IANYA MELIPUTI KAWASAN MENGUNDI IAITU KAMPUNG PENGKALAN RAMA TENGAH (1382101) DAN KAMPUNG DURIAN DAUN (1382105). OLEH KERANA KAWASANNYA KECIL MAKA DIGABUNGKAN KEDUA-DUA KAWASAN INI SUPAYA MENJADI SATU DAN DIPANGIL "JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH". JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH TERMASUK DIBAWAH KAWASAN JAPERUN DUN DUYUNG, PARLIMEN KOTA MELAKA. Y.B DATUK GAN TIAN LOO MERUPAKAN ADUN kAWASAN DUN DUYUNG.
UCAPAN PENGERUSI
ASSALAMUALAIKUM. Tahniah kepada ahli jawatankuasa 2009/2010 yang dilantik. Pertama sekali jangan peduli apa yang orang katakan, tetapi perlulah kita pedulikan apa yang Al-Quran dan Hadis katakan. Disamping apa yang perlu dan apa yang akan kita buat serta laksanakan. Diharap semua ahli akan bekerjasama bagi memajukan apa yang telah dirancangkan oleh Kerajaan Negeri Melaka khasnya yang mahukan "Melaka Maju 2010". Dalam konteks semangat kerja berpasukan pula ahli juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran dan Bekerjasama. - En.Zaini Bin Ismail, Pengerusi JKKK Pengkalan Rama Tengah merangkap Timbalan Pengerusi Japerun Dun Duyung/Setiausaha Umno Bahagian Kota Melaka.
Wednesday, August 5, 2009
Banjir Melanda Kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah
Hujan yang turun bermula dalam lingkungan jam 10 pagi sehingga jam 4 petang pada hari Isnin 27 Julai 2009 di sekitar Negeri Melaka telah mengakibatkan berlakunya "banjir kilat" di beberapa kawasan.Terutamanya di dalam kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah (DUN Duyung). Antara kampung yang terlibat di dalam JKKK ini ialah Kampung Durian Daun Dalam, Kampung Pengkalan Rama Tengah dan Kampung Bukit Cina. Bagi mangsa yang telibat mereka telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Durian Daun. Pusat Pemindahan ini telah dibuka pada jam 2 ptg berlarutan sehingga 24 jam dan di tutup pada keesokan harinya berikutan air semakin surut. Ketua Menteri Melaka turut menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan pada malam kejadian. Jabatan Kebajikan Masyarakat turut terlibat bagi membekalkan segala keperluan seperti makanan,selimut,tikar dan sebagainya. Antara jabatan lain yang terlibat ialah Pejabat Daerah Melaka Tengah, Balai Polis Melaka Tengah dan Pejabat Japerun Dun Duyung.Penyerahan Bantuan Banjir


Seramai lebih kurang 250 orang mangsa banjir kilat pada 27/07/2009 yang berada dalam kawasan JKKK Pengkalan Rama Tengah (DUN Duyong) tempohari menerima bantuan dari Tabung Bencana Alam Negeri Melaka melalui Pejabat Daerah Melaka Tengah sebanyak RM200 mengikut keluarga masing-masing di Sekolah Rendah Kebangsaan (Perempuan) Durian Daun. Penghulu Razali mewakili Y.B Gan Tian Loo pada program yang dijadualkan pada 03/08/2009 jam 3.00 petang berakhir jam 5.30 petang. Aturcara berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah. Namun ianya dapat diatasi dengan baiknya. Kesemua ahli JKKK turut hadir pada program berkenaan. Wednesday, July 29, 2009
More Than 40 Families Evacuated Due To Flood

DURIAN DAUN - More than 200 people from 40 families from two villages here were relocated to a flood-relief centre after their homes were affected by a flash flood on Monday.The relief-centre, which utilizes the hall of Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun, was opened at 2.00 pm and it was the first flood-relief centre to be rendered operational in Melaka.Those relocated to the centre were from Kampung Durian Daun Dalam and Kampung
Pengkalan Rama Tengah. Duyong assemblyman, Datuk Gan Tian Loo said the flood-relief centre was opened after the flood situation at the two villages worsened.He said the authorities will continue to monitor the situation at the villages and will initiate appropriate action if the situation requires."The number of those relocated may increase if heavy rain continues later today," he told reporters when met at the centre.Apart from Kampung Durian Daun Dalam, the other areas in the Duyong constituency which were also affected by the flash flood were Bukit Serindit, Taman Desa Duyong and Bukit Cina.According to Gan, who is also State Public Works and Utilities committee chairman, the SK Perempuan Durian Daun school-hall can accommodate up to 100 people at any one time.He said that if the number of victims increases, the hall of Sekolah Rendah Bukit Cina will be used as a flood-relief centre."We will be handing out food, drinks, blankets and mattresses to those seeking shelter at this relief-centre," he added.Earlier, Gan also took the opportunity to have a closer look at the houses in Kampung Durian Daun Dalam which were affected by the flood.During his brief tour of the area, he was also briefed by local residents on sudden flooding.
Subscribe to:
Posts (Atom)
