KAWASAN JKKK INI MERUPAKAN SALAH SATU KAWASAN YANG TERLETAK DITENGAH-TENGAH BANDAR MELAKA BERSEJARAH. IANYA MELIPUTI KAWASAN MENGUNDI IAITU KAMPUNG PENGKALAN RAMA TENGAH (1382101) DAN KAMPUNG DURIAN DAUN (1382105). OLEH KERANA KAWASANNYA KECIL MAKA DIGABUNGKAN KEDUA-DUA KAWASAN INI SUPAYA MENJADI SATU DAN DIPANGIL "JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH". JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH TERMASUK DIBAWAH KAWASAN JAPERUN DUN DUYUNG, PARLIMEN KOTA MELAKA. Y.B DATUK GAN TIAN LOO MERUPAKAN ADUN kAWASAN DUN DUYUNG.

UCAPAN PENGERUSI

ASSALAMUALAIKUM. Tahniah kepada ahli jawatankuasa 2009/2010 yang dilantik. Pertama sekali jangan peduli apa yang orang katakan, tetapi perlulah kita pedulikan apa yang Al-Quran dan Hadis katakan. Disamping apa yang perlu dan apa yang akan kita buat serta laksanakan. Diharap semua ahli akan bekerjasama bagi memajukan apa yang telah dirancangkan oleh Kerajaan Negeri Melaka khasnya yang mahukan "Melaka Maju 2010". Dalam konteks semangat kerja berpasukan pula ahli juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran dan Bekerjasama. - En.Zaini Bin Ismail, Pengerusi JKKK Pengkalan Rama Tengah merangkap Timbalan Pengerusi Japerun Dun Duyung/Setiausaha Umno Bahagian Kota Melaka.

Tuesday, May 19, 2009

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan



Majlis Penyerahan Watikah perlantikan JKKK berlangsung pada 07 Mei 2009 di Bilik Gerakan JKKK Pengkalan Rama Tengah, Melaka dengan dihadiri hampir keseluruhan ahli yang mana separuh barisan AJK yang dilantik berwajah baru. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan MBMB, KEMAS, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak Polis Melaka Tengah dan Setiausaha Japerun DUN Duyung, En. Rahim Bin Hj. Othman. Gambar atas : editor menerima watikah dari Setiausaha Japerun DUN Duyung. Gambar bawah : Pengerusi Zaini Bin Ismail menerima watikah dari Setiausaha Japerun DUN Duyung.





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails